Followers

Saturday, June 10, 2017

Almost 1 year


Assalamualaikum w.b.t .. Rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Berpuasa. ..

Okeylah. Sedar tak sedar,kita dah berada di pertengahan Ramadan kan. Dan sedar tak sedar pun dah nak masuk setahun lah aku dah putus dengan dia. Lepas apa yang jadi, serius talk aku dah malas nak fikir bab-bab cinta nih. Apa yang aku nak buat, just kumpul duit. P travel. In shaa allah,kalau ada rezeki,pergi buat umrah.

Aku ni bukan apa.. Aku ni susah nak sayang orang. Sebab tu,lepas aku putus,aku tak pernah langsung nak cari pengganti. Bukan soal move on atau tak,tapi dah memang jenis aku. Susah nak sayang orang. Once bila dah sayang,kau diuji macam ni. Sejujurnya aku tak salahkan dia. Salah aku jugak,sebab mudah percaya. Dan dah mungkin ini takdir aku. Sebab tu,aku malas nak fikir bab-bab cinta. Kalau ada jodoh,in shaa allah satu hari akan ada juga.

Cuma sekarang ni,aku tak nak serabutkan aku dengan masalah-masalah cinta ni. Aku dah penat. Aku dah fed up. Itu ja. Biarlah aku habiskan masa aku dengan kawan-kawan,dengan famili dulu. Dan masa single ni lah kau akan rasa bebas. Bebas untuk ke mana sahaja. Sebab dalam planning aku,memang bab kawin,aku tak fikir langsung. Yang ada,nak vacation ke mana. Itu ja yang ada dalam kepala otak aku.

Lagipun,iyelah. Aku ni jenis sedar diri. Harta pun tak ada. Rupa telah la takda. Tapi aku bersyukur. Sebab kau akan kenal,siapa yang boleh terima kau seadanya. Terima baik buruk kau. Terima 'annoying' kau. Apapun,aku tak pernah salahkan dia atas apa yang dah terjadi. Good night.

Salam Ramadan Al-Mubarak..

Friday, January 3, 2014

Reception Syafri + Arifah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Alhamdulillah , syukur ke hadrat ILLAHI kerana izin dan limpah kurniaNya , kita masih lagi diberi kesempatan meneruskan kehidupan di muka bumi yang sementara ini .. Alhamdulillah ..

Untuk kali ini , Hanif nak kongsi pengalaman kedua mengikut kawan Hanif , iaitu saudara Abbas buat job di Cinta Sayang Resort .. First time buat wedding , rasa macam gementar sedikit lah sebab sebelum ni cuma ikut member shoot akad nikah saja.. Tapi kali ini follow wedding pulak .. Alhamdulillah .. Hanif dapat pengalaman apabila job wedding .. Dan apa pun Hanif bersyukur sangat sebab ada kawan yang sanggup mengajak Hanif follow dia .. Alhamdulillah ..

Syafri + Arifah 
Cinta Sayang Resort , Sungai Petani , Kedah

Dah habis outdoor , mencuba lighting pulak.. hakhakhak..
Untung member aku sempat ambil gambar dengan Abg Zed ..
Abg Zed bersama pengantin ..

In shaa allah , kalau ada umur yang panjang , kita bertemu lagi .. Assalamualaikum w.b.t ...